


Dreams are free, so feel free to dreams.
Siang td ada kelas pertama aku untuk Bahasa Jepun. Punyalah xsabar nak masuk kelas bahasa ketiga ni sbb kawan-kawan lain asyik cakap Bahasa Jerman je depan aku dan membuatkan aku teruja nak belajar bahasa ketiga. Seronok tgk mereka cakap Jerman dgn keadaan nak terkeluar anak tekak tu. Eyhhh serius kelakar. Aku tidak bernasib baik kerana tidak mendapat kelas Bahasa Jerman seperti majoriti geng aku sebab aku daftar lambat tapi tak mengapalah memandangkan aku lebih menyukai budaya Jepun berbanding budaya Barat.
Mika sensei sangat comel. Aku rasa beliau lagi comel daripada Maria Ozawa yg selalu budak-budak cerita kat mamak. Beliau sangat sopan dan sehabis baik beliau ingin kami faham apa yg beliau ajar memandangkan Bahasa Jepun ada 4 jenis tulisan yg berbeza. Aku agak blur dgn kelas pertama ni tapi Mika sensei telah membekalkan kami dgn buku yg aku harap dpt membuatkan aku faham akan Bahasa Jepun dgn secepat mungkin. Aku juga xsabar nak buat latihan dlm buku tu sbb ianya dpt mengembalikan ingatan aku kpd zaman tadika di mana aku di kehendaki menulis satu persatu setiap nombor dalam kotak yg di sediakan utk membuat aku mahir menulis dan konsep yg sama juga di terapkan utk belajar tulisan Jepun ni.
Eyhhh banyaknya aku bebel. Penat korang nak baca. Dah la, nak sambung tengok series Dexter yg semakin lama semakin best dan pastinya mendebarkan aku setiap episod.
Flu flu go away. I'm tired being with you. Please.
No comments:
Post a Comment