May 25, 2010

Jawapan Buat KAMU Kawan.


Kepada ; KAMU.

Saya minta maaf sangat-sangat kpd kamu. Saya kira ini adalah kali kedua kita berselisih faham dalam bulan ini sahaja. Agak pelik juga kerana dalam tempoh 10 hari kita berselisih faham sudah 2x. Sebelum ini kita agak susah utk berselisih faham. Mungkin faktor kekangan waktu kerana saya terikat dgn aktiviti semasa membuatkan aktiviti yg biasa kita lakukan bersama tiada buat masa ini.

Kamu kata saya ego. Baiklah saya mengaku. Mungkin saya agak keras dan kasar terhadap kamu. Tetapi kenapa kamu sampai hati ckp saya dah xsuka lepak dgn kamu sedangkan baru-baru ini saya beria-ria ajak Bashi dan Hafiz dtg ke rumah kamu lewat malam semata-mata utk meluangkan masa bersama kamu. Jangan sesekali cakap mcm tu lagi. Saya tak suka. Setiap saat yg kita lalui bersama sangat best.

Saya tahu kamu cuba jadi yg terbaik utk saya dan saya juga begitu. Pengalaman lepas dlm hubungan persahabatan yg lain membuatkan saya amat berhati-hati dan cuba menjaga perasaan dgn rakan2 yg lain tp mungkin dgn kamu saya terlalu yakin bahawa kamu bukanlah jenis yg mudah kecil hati. Nampaknya jangkaan saya tersasar. Kamu juga manusia biasa yg ada waktunya akan terasa dgn sikap saya yg tak matang ni. Terima kasih kerana mampu bertahan dgn saya.

Seperti mesej kamu, saya juga mahu jadi kawan, sahabat, teman kamu sampai bila2 sbb kamu juga yg paling rapat dgn saya sekarang. Saya tidak mahu sekarang sahaja tp saya mahukan sampai bila-bila. Sampai bila-bila. Sampai waktu kamu sdg bahagia dan ketika itu saya juga rasa bahagia melihat kamu bahagia.

KAMU, tolong jadi kawan saya yg paling baik selama-lamanya. Saya tak kuat dan saya mudah berubah. Sekali lagi, saya minta maaf Hanis. Saya xsanggup hilang kawan lagi. Kamu dan saya dgn rakan-rakan yg lain akan sentiasa bersahabat selamanya. InsyaALLAH.

Amin.

**********





I masih pegang kata-kata Umi u makcik.

No comments:

Post a Comment