May 30, 2010

Dah Boleh Balik Dah. Kenapa Ye?

Saya mahu selalu gembira tp itu tidak mungkin berlaku.

Aku dah ambil keputusan. Aku mahu terus bekerja sampai 13 Jun pula. Alang2 dah ada offer kenapa nak tolak so aku terus grab. Jadi aku masih tidak bercuti sehinggalah tarikh itu. Namun aku mahu tetap berusaha menggunakan sedikit masa yg ada utk melepak mcm tadi.

Lama xlepak dgn perasaan yg betul2 lepak. Tadi sempat lepak kejap dgn Adina, Bashi, Cepek, Alip Akmal dan Risa. Kebetulan dorang ada kat mamak sementara tunggu mak Adina balik rumah sbb rumah dye xda orang. Sakit perut gelak tgk Cepek yg melatah. Tambah sakit perut gelak bila dye touching lepas kena bahan. Hahahaha.

Owhhhh dan semalam lepak dgn Fattah, Bashi dan Hafiz Roslan. Semalam pun lepak kejap je memandangkan aku keje keesokannya dan Bashi plak ada katering yg memerlukan dye bersedia seawal jam 7 pagi maka kami pun balik agak awal. Tak kisahlah janji dapat jumpa lepak kejap.

Heyyy, thanx sangat2 kat korang sbb sudi dengar cerita aku yg berpuluh bab dan cuba memahami perasaan seorang perempuan. Macam kelakar plak bila meluahkan perasaan kepada para jejaka. Dan paling tak sangka korang sangat memahami. Eyhhh entah betul memahami ke atau buat2 faham?? Ahhhhh janji aku xtension dah. Puas.

Mahu jumpa kamu pula Fazilla dan Syafiqah.

No comments:

Post a Comment