March 28, 2010

Rasa Sangat Lega.

Akhirnya berjaya juga aku menyiapkan assignment Entrepreneur Profile aku. Walaupun interview yg aku buat adalah pada cuti Raya Cina yg lalu tp kebenarannya aku mmg baru taip td dan baru je siap td, pukul 4.50 pg 28/3/2010.

Maka berlalu-lah sudah hari2 aku yg dipenuhi dengan assigment yg menggunung, tggl assignment yg sikit2 je tp masih memerlukan perhatian juga drpd aku. Rasa sangat lega dan Entrepreneurial Visit kelas aku ke Negeri Sembilan 2 hari lagi dapatlah aku pergi dgn perasaan yg tenang. Sekarang ni aku rasa macam nak gelak kuat2 dan gerak semua orang bangun tidur nak bagitao semua orang yg tgh tidur skrg ni yg aku dah berjaya siapkan assignment aku. Weyh korang bangun, bangun. Aku xboleh tidur ni. Rasa teruja yg melampau sbb assignment aku dah siap ni.

Eyh siang td kami ramai2 patutnya kena pg Marketing Talk tp disebabkan aku melalut sembang dalam Skype dgn Riena sampai pukul 4 pg, aku xterbangun tapi Riena boleh plak bangun. Maka secara automatiknya terlepaslah aku Marketing Talk yg aku xtao best ke tak tu. Ingat Chairman Lecture Series (CLS) 12 kat KB pon aku nak ponteng jugak memandangkan aku bangun nak dekat pukul 1 tgh hari tp bila aku tao still ada bas UMK nak hantar student pg sana aku pon bangun bersiap lalu dengan semangatnya naik bas pg sana.

Aku mls sbnrnya nak pg CLS ni sbb CLS ni ialah program yg UMK buat dan UMK panggil para usahawan yg mmg dah berjaya bg lecture. Kalau speaker tu seronok, so seronoklah nak dgr mcm CLS 9 sblm ni best lah jugak sbb UMK panggil Encik Burhanuddin, Director Les' Copaque bg lecture. Tu pon best sbb dye bg ktorg tgk Upin Ipin, episod yg xkeluar lg kat TV masa tu. Ada time UMK panggil CEO KFC tu aku xdpt chance nak pergi plak so aku tak tao lah best ke tak. Ohhh lupa plak nak bgtao, UMK ni universiti yg nak melahirkan usahawan. Semua program2 study kat cni adalah untuk bukak company sendiri. Aku terfikir jgk boleh ke aku jd usahawan?? Ahhh apa-apa je lah.

Serius aku cakap kali ni punya CLS best giler x macam CLS sblm2 ni. Biasanya kalau ada CLS mcm biasalah ada earphone yg bergayutan kat telinga aku tp td masa Puan Hajah Faiza Bawumi Binti Sayed Ahmad, CEO Syarikat Beras Faiza tu bg lecture aku semangat giler dengar. Dye mcm ada aura, maybe sbb cara dye cakap yg bunyi Arab tp sbnrnya cakap Melayu membuatkan semua orang suka dengar and korang tao x bila korang dgr dye bg lecture korang nak dengar lagi, lagi lagi dan lagi. Tambah plak dgn pengalaman2 dye jual beras mmg best lah. Dye siap suruh ktorg semua Solat Sunat Dhuha kalau nak rezeki murah dan siap bg risalah psl Solat Sunat Dhuha.

Masa dye cakap idola dye Rasullullah S.A.W, meremang bulu roma aku weyh. Aku ingat aku sorang je yg rasa mcm tu rupanya Naim dgn Saidah pon rasa benda yg sama. Bila dye dah nak habis bg lecture rasa mcm sayu je. Mungkin sbb aku dpt dgr lecture yg best tp di sebabkan kekangan waktu terpaksalah dye berhenti bg lecture. Tak rugi aku pergi CLS kali ni.

********









Weyh aku rasa kalau aku pakai baju kurung ambil gambar nak bajet ayu.
Tolonglah weyh, tu bukan aku tu.
Bukan aku ok. Jelmaan mungkin.

No comments:

Post a Comment