July 1, 2011

Selatan Thailand Jun 2011 (2).

Ishhh ishhh ishhh rasa geram gilerrrrr. Serius geram gilerrrrr. Geram. Kalau ikutkan darah muda aku yang membuak-buak ni nak je aku pergi tengok sorang-sorang Transformers 3 tapi memandangkan tiket hari Jumaat dah beli jadi tunggulah sampai Jumaat. Rasa macam lambat giler nak Jumaat. Ishhh sabar weyh sabarrrrrrr.

********

Bila aku baca entri aku, aku terperasanlah satu perkara. Teruk jugalah perkara ni. Aku selalu janji yang aku nak cerita apa jadi bila aku buat tu buat ni tapi akhir ayat dalam entri tu aku mesti tulis, "nantilah cerita, sekarang ni aku penat" then lepas tu aku tangguh-tangguh sampai hari ni aku tak cerita. Walaupun aku tahu takde orang pun yang ingat aku tulis macam tu, takde orang pun yang ternanti-nanti aku tulis apa dan sebenarnya takde orang pun yang kisah tapi aku tak mahulah jadi macam tu lagi. Mungkin lepas ni aku boleh elakkan daripada menulis ayat "nantilah blablablabla" tu untuk selamatkan diri. Kalau aku tak nak cerita maka aku takkan cerita melainkan kalau aku jumpa korang maka aku akan cerita walaupun korang tak nak dengar pun sebenarnya kan? AKU PEDULI-I APANYE PUNNNNNNN.

Tapi last few days aku promise nak cerita pasal pergi Thai hari tu so nak ceritalah jugak. Plus, aku dah lama tak tulis diary so aku rasa this blog is the best place to keep my memories. Boley kan kan kannnn?? Heeeeee. Kalau malas baca boley terus klik "X" kat atas tu. Jangan risau, aku bukannya tahu pun. So, jom kita terjah gambar jom jom jom :)

*Dinner kat pekan Sg. Golok sebelum perjalanan ke Phuket.
Hari pertama ke Thai bermula pukul 5 petang sebab perjalanan ke Phuket yang mengambil masa satu malam maka malam pertama kami hanyalah di atas bas. 

Hari kedua kami bermula selepas breakfast, menaiki bot untuk melawat pulau-pulau sekitar Panga dan menikmati lunch kat Kampung Atas Air, Panji.

*They called this place as James Bond Island.
*Cause there is one of James Bond movies lalu bawah gua tu :)
Selepas tu terus ke Phuket, check in hotel dan pada malamnya berjalan-jalan sekitar bandar Phuket. Okay kalau nak shopping kat sini agak murah. Kalau pandai tawar untunglah :)

*Dinner dulu sebelum shopping kat bandar Phuket.
Hari ketiga bermula dengan perjalanan ke puncak bukit di bandar Phuket untuk menikmati pemandangan bandar Phuket dari atas. Lepas tu pergi lawat sana lawat sini dan petang harinya kami ke Rawai Beach (kot).

Bila dah petang-petang sikit kami ke Promthep Cape, kawasan paling cantik untuk tengok matahari terbenam. Bak kata orang, kalau korang datang Phuket tapi tak pergi sini serupalah macam korang tak datang Phuket sebenarnya. Kat atas tu memang berangin, yelah tepi laut kan dan masa kami pergi tu ada 2 pasang pengantin yang tengah photoshoot wedding. Romantik sangat :)

Malamnya pula kami ke Bangla Road, Patong Beach. Okay kat sini aku rasa aku tak datang dah kot. Serius, tempat ni memang untuk hiburan sahaja. Flyers for sex, tarian tiang dan open pub bersepah-sepah. Tak hairanlah kawasan ni tempat yang paling teruk kena tsunami, 2004. Nanti honeymoon jangan datang Patong Beach, takut bercerai pula kena kacau dengan bapuk-bapuk Thai yang hot-hot gilerrrrrr. HAHAHAHA.

Okay aku tahu bapuk tu tak hot sangat tapi bapuk tu yang tarik my lecturer and my lecturer have to paid him RM10, just ambil gambar saja and he called my lecturer as daddy. HAHAHAHA. Bapuk tu jugaklah yang bagi salam kat aku. What the... And nak say thanx kat my lecturer juga sebab beliau yang bayar duit tips kat bapuk-bapuk ganas lepas tangkap gambar dengan dorang. Thanx doc :)

Hari keempat kami ke King Prince University of Songkla (PSU) untuk program yang telah di atur, perkongsian idea tentang bidang pelancongan dan banyak lagi.

Kat PSU ni, budak-budak laki sangat suka sebab dapat kenal awek-awek Thai yang comel-comel belaka. Selain tu, kami juga ada buat persembahan kebudayaan untuk orang-orang PSU. Habis je program kat PSU kami terus ke Krabi dan bermalam kat sana. There's nothing much at Krabi, hanya pekan kecil je tapi ada pantai-pantai yang cantik juga :)

Lepas breakfast kami terus ke Hatyai. Sebelum sampai Hatyai kami singgah di Le Khaokob Cave. Seriusssssss, sinilah tempat paling best sepanjang trip aku ke sana. Sangat sangat best. Naik sampan without life jacket, menyusuri sungai masuk ke dalam gua sambil kena tunduk-tunduk dan yang lagi best kena baring dalam sampan juga sebab akan lalu kat part gua yang sangat rendah. Kau bangun sikit pun confirm berdarah kepala kau kena batu gua atas muka. 

*My teammates naik sampan & buat bising dalam gua :)
Habis je aktiviti ni, kami terus ke bandar Hatyai dan malamnya kami berjalan-jalan untuk shopping. Bandar Hatyai agak meriah kalau nak bandingkan dengan Phuket pada waktu malam sebab Phuket kawasan yang paling meriah pun kat Patong Beach tu je laa. Aku juga belajar naik "tuk-tuk", pengangkutan awam kat sana.

Hari terakhir kat Phuket kami menuju ke Muzium Songkla. Waaaa part ni pun aku suka sebab aku memang suka pergi muzium. Muzium Songkla lagi besar dan menarik dari muzium kat Malaysia. Sampai tak larat nak tengok semua bilik-bilik dia, tengok gitu-gitu je tapi best sebab info-info dia lagi banyak dan menarik. Muzium ni laa tempat assignment aku untuk exhibition buka sem nanti. T_T

*Pemandangan dari menara kat Muzium Songkla.
Selepas muzium kami ke Shamila Beach dan Taalat Nam market. Yang uniknya kat Taalat Nam ni, penjual-penjual kat sini berniaga atas sampan. Kebanyakan benda yang mereka jual adalah makanan dan minuman tapi ada juga jual barang-barang lain tapi kat pasar atas darat.

*Datang Shamila Beach wajib ambil gambar dengan duyung ni.
*Makan tengahari kat tepi laut :)
*Taalat Nam market :)
 
Dan Alhamdulillah, kami selamat tiba kat UMK dalam pukul 11 malam dan sempat menonton Maharaja Lawak akhir kat kedai makan. Nak beritahu jugak dapat tengok Maharaja Lawak tu sebab aku selalu tak dapat tengok, sibuk dengan aktiviti semasa. Konon.

Okay itu saja. Semoga terhibur. Sikit pun takpe :) 

P/S ; Terima kasih Naim & Saufi utk gambar-gambar kat atas.

No comments:

Post a Comment