March 13, 2011

Selamat Pengantin Baru.

Seperti biasa hari-hari aku yang berlalu agak sibuk dengan kelas, tugasan setiap subjek, program universiti dan hal peribadi. Ohhh dan aku baru sahaja pulang siang tadi dari Pantai Cahaya Bulan Resort untuk Bengkel Laporan Kelab 2010 dan Perancangan Aktiviti Kelab 2011. Semua kelab yang ada dalam UMK terlibat dan pastinya aku, Musz dan Martina mewakili Kelab Debat UMK. 

InsyaALLAH segala perancangan untuk tahun 2011 akan dilaksanakan jika keadaan mengizinkan.







Selepas aku bersiar-siar tepi pantai petang Jumaat tu, aku di beritahu tentang gempa bumi dan tsunami yang terjadi dan Alhamdulillah tiada kejadian buruk yang berlaku di sekitar kami sedangkan kami begitu gembira bermain-main di tepi pantai.

Terima kasih ALLAH :')

Sampai sahaja di UMK Sabtu petang aku singgah sebentar ke bilik Aisha tapi baru aku teringat yang kelas aku ada aktiviti ke Lata Belatan, Besut dan aku tak dapat menyertainya kerana terikat dengan program di PCB Resort.

Ya, agak hampa tak dapat sertai mereka sebab bukan senang untuk kami keluar sekelas memandangkan setiap minggu kami pasti sibuk dengan pelbagai tugasan dan program. Maka aku tidak mahu berdiam diri sahaja duduk dalam bilik tak buat apa-apa. Kebetulan Musz dan Arieff mahu melawat rakan se-Matrikulasi mereka di HUSM, Kubang Kerian jadi kami pun keluar bertiga selepas Asar.

Bila tibanya waktu Maghrib kami singgah sebentar di rumah Arieff yang terletak dekat dengan HUSM untuk solat dan makan malam. Terima kasih Ummi Arieff dan adik beradik Arieff yang lain dengan layanan yang sangat baik. Terima kasih juga sebab hidangkan nasi ayam untuk aku dengan Musz yang memang lapar masa tu. Rezeki jangan di tolak dan aku yakin ramai orang yang berpegang dengan pepatah ni kan? Jangan tipu ok.

Sebelum nak pulangkan kereta kami singgah dulu di Mydin untuk beli barang dan kemudian berjalan-jalan sekitar Kota Bharu nak habiskan masa. Bila dah tak tahu mana nak bawa haluan lagi maka kami ambil keputusan untuk pulang ke UMK. Nasib baik kelas aku untuk 2 hari batal maka aku boleh berfoya-foya lagi. Sangat bagus.


********

Ohhh dan selamat pengantin baru untuk abang aku : Muhammad Mukhriz dan bakal isterinya, Kak Syafiqah yang bakal bernikah esok hari, Ahad (13/03/2011). Agak terkilan juga aku tak dapat menghadirkan diri ke Pulau Pinang bersama-sama ahli keluarga besar yang lain untuk majlis perkahwinan pertama dalam keluarga aku. Tak mengapa, InsyaALLAH majlis di sebelah pihak lelaki nanti aku akan balik.

Sambut aku dengan paluan kompang. 

Pak ke pak keboom keboom pak ke pak keboom keboom.

No comments:

Post a Comment