Sekarang tengah buat assignment Operations Management. Kalau dah siap assignment ni, hati aku akan sangat lega. Itu pun KALAU siap. Mesti kena siapkan maka nanti aku boleh balik rumah dengan hati yang lapang.
Heyyyyy aku tengah berangan.
Walaupun aku balik rumah kononnya nak bersenang hati dan nak tenangkan fikiran sebelum peperiksaan akhir semester tapi aku tetap kena bersedia dengan baki-baki assignment yang akan dihantar oleh ahli-ahli kumpulan aku untuk di analisis dan di satukan.
Sabar Badariah. Ini semua cabaran untuk sem ni.
Eyhhh eyhhh eyhhh baik aku sambung buat kerja. Saidah dah perli aku sebab dia tengok dalam senarai "PERKARA MESTI BUAT!!" yang aku tulis dalam kertas tiada "Kemaskini Blog".
Berusaha Badariah. Sikit lagi nak siap kan?
Tak, banyak lagi. Aku baru mula dengan latar belakang syarikat tu tapi mata aku dah mengantuk.
Tolong aku Dr. Sapto :(

No comments:
Post a Comment