March 2, 2011

Jangan Risau, Aku Tak Lupa.

Minggu ini seperti biasa, minggu yang masih di penuhi dengan assignments tapi hari-hari aku tetap berjalan dengan baik. Alhamdulillah.

Alhamdulillah juga, emak dan ayah khabarnya sihat di KD cuma agak sibuk mengedarkan kad jemputan kahwin abang kedua aku sehingga ke Ipoh jauhnya memandangkan ramai saudara-saudara kami yang berada di sebelah sana. Malangnya aku tak dapat mengikuti rombongan ke Pulau Pinang 11 Mac nanti untuk menghadiri pernikahan abang aku kerana aku akan ke PCB Beach Resort selama 2 hari untuk menghadiri pembentangan aktiviti dan bajet Kelab Debat 2010 dan 2011 bersama-sama kelab dan persatuan lain dalam UMK. InsyaALLAH bila tibanya kenduri di sebelah pihak kami sekeluarga pada 26 Mac nanti aku akan pulang. Aku akan cuba untuk pulang memandangkan ini adalah majlis perkahwinan pertama bagi pihak keluarga kami dan keluarga sebelah ayah aku. Risau juga kalau-kalau ada program bila menjelang tarikhnya nanti. Harap-harap takda apa-apalah.

********

Selamat hari jadi buat Farhasima Binti Awang Alias atau C-ma. Rasanya macam baru je aku menaip entri yang sama pasal Cma tentang hari jadi dia juga tahun lepas. Masa sangat pantas berlalu.

Serius Cma, apa yang kau tengok kitaorang gaduh tu tidak dirancang langsung! Bila kau cakap kau terasa dengan aku sebab aku tak wish birthday kau dan aku asyik keluar dengan Musz dan Arieff sampai dah lupa kat kau aku memang nak tergelak dah masa tu sebab fakta yang sebenarnya adalah ;

1) Aku, Aisha, Maz dan Ain dah rancang tak nak wish birthday kau awal-awal lagi dan saja buat-buat lupa sampailah Aisha dengan Ain terpaksa wish sebab Gopi wish birthday kau depan Aisha dan Ain jadi mereka pun terpaksalah wish juga. Hahahaha!

2) Masa petang Aisha dan Ain ajak aku main badminton tu aku memang tak nak main sebenarnya sebab penat dan fikir nak naik atas tidur tapi tiba-tiba Musz mesej ajak pergi makan jadi aku pun turunlah dan kebetulan masa aku turun tu kau pun ada tengah main badminton. Bila kau panggil aku tu, aku saja tak nak pergi kat kau dan cakap Musz dah tunggu lama, kasihan kat Musz apa semua tu sebab aku nak bagi kau sakit hati dengan aku padahal masa aku keluar makan dengan Musz kami pergi beli kek okay dan kek tu Musz yang pilih untuk kau. Hehehehe.

3) Ulang semula, drama gaduh kat bilik Aisha tu serius memang tak di rancang langsung. Masa kau cakap kau terasa dengan aku pasal dah lupa birthday kau, aku dah nak tergelak depan laptop Aisha. Kebetulan Aisha sangat pandai berlakon dan Hasma yang tak tahu apa-apa pun boleh jadi batu api. Dalam masa yang sama, Arieff chat aku dalam FB dan aku saja tak layan apa kau cakap, buat-buat sibuk tengah chat siap cakap Arieff ajak lepak library tapi memang betul aku pergi library semata-mata nak tunggu masa yang sesuai nak sambut birthday kau sambil-sambil buat assignment kononnya. Hahahaha!

4) Minta maaf sebab aku tak balas mesej-mesej kau yang minta maaf kat aku kononnya aku emo sebab kau marah aku pasal Musz dengan Arieff padahal lepas keluar bilik Aisha nak naik bilik aku, aku nak gelak macam orang gila ingat ayat-ayat aku dan Aisha depan kau. Minta maaf juga sebab saja buat kau tunggu lama kat kedai burger Kak Fatin kononnya nak jumpa aku depan-depan, nak selesaikan kemelut antara kita. Minta maaf untuk semua tu Cma.

5) Disebabkan Musz dan Arieff jadi mangsa keadaan secara tiba-tiba maka aku heret mereka untuk datang sambut birthday kau sekali. Arieff-lah yang bagi idea kek jatuh untuk alihkan pandangan kau. Maz dan Dol main peranan bawak kek "palsu" untuk kau dan aku pula lari macam perompak menyusup belakang gerai-gerai nak bawa kek kat kau sebab masa tu boleh pula handphone aku habis bateri masa Areyad hantar mesej dan aku tak tahu nak buat apa dah. Agak risau juga kalau kek jatuh tapi Alhamdulillah kek selamat sampai depan kau. Hehehehe.

Terima kasih buat semua yang tolong menjayakan sambutan hari jadi Cma. Walaupun sangat ringkas tapi itulah tanda ingatan kami untuk kau Cma. Semoga segala kekeliruan kau terjawab. Seperti yang tertulis atas kek kau, "WE LOVE U".



Walaupun aku tak selalu luangkan masa dengan kau akhir-akhir ni,
Walaupun aku terlambat datang untuk group discussion kumpulan kita,
Walaupun aku tolak permintaan kau untuk main badminton bersama,

Percayalah aku sentiasa rindu nak lepak sama-sama dengan korang tak kiralah dalam kelas ke atau pergi makan.  Kita tetap kawan baik kan?

Takkanlah BFF sanggup tinggalkan BFF-nya. Kadang-kadang je aku terpaksa tinggalkan korang untuk bersama-sama dengan BF aku.

Hahahaha!




Maaf kalau kamu bosan membaca entri ini tapi aku terpaksa tulis dengan banyak untuk terangkan keadaan yang sebenarnya. 

Enjoy reading friends :)

No comments:

Post a Comment