Hey hey heyyyyyyyyy!
Macam biasa, nak poyo-poyo beritahu kamu semua pembaca sekalian bahawa aku masih sibuk dengan tugasan-tugasan untuk semester ini yang sangat suka melihat aku terseksa dan meratap di hujung bilik buat assignment. TIDAK, aku tidak sesekali biarkan diri aku di tindas dengan tugasan-tugasan tersebut malah aku masih boleh berfoya-foya suka-suka pergi jalan-jalan habiskan masa sedangkan assignment yang bertimbun aku tolak tepi.
Sumpah, kalau Gopi nampak apa aku tulis ni, mahu dia berleter kat aku macam malam semalam sampai keluar ayat-ayat sentap yang buat kau rasa nak lempang muka dia berdas-das tapi nasib baik dia kawan baik aku maka aku diamkan saja.
Terima kasih Gopi. Hohohoho.
Semalam petang aku, Musz, Aisha, Cma dan Ain naik basikal pergi Lapangan Terbang Kota Bharu nak tengok kapal terbang turun naik-lah kononnya tapi agak hampa sebab yang ada hanya kapal terbang yang naik je. Itu pun satu sahaja. Maka kami pun melepak di tepi jalan itu bertemankan kereta-kereta yang banyak berhenti, aktiviti sama macam kami. Memang bila waktu petang, sepanjang jalan tepi airport KB ni akan ada banyak kereta yang berhenti untuk tengok kapal terbang turun naik. Biar pun hanya sekadar duduk, bercerita dan gelak sama-sama dah cukup menggembirakan hati aku.
********
Sabtu, 19/03/2011.
Punyalah mengidam nak makan McD maka tadi aku, Musz, Naim, Saidah dan Pian ke McD Wakaf Che Yeh untuk menikmati Doublecheese burger kegemaran aku. Heyyy sebenarnya Musz yang mengidam nak makan McD tapi dia malu-malu nak mengaku depan Naim dan Saidah.
Kononnya juga kami nak buat assignment yang tertangguh dengan bantuan wifi McD yang laju tapi tidak terlaksana memandangkan masing-masing teruja dengan wifi McD. Ohhh tidak, sebenarnya niat nak buat assignment tu hanya sampingan dan alasan nak ke McD. Janganlah nak bohong kata pergi McD nak buat assignment. Semua tu bidaah je. Agak sukar untuk semua tu berlaku weyhhhh.
Ohhh, Arieff pergi field trip kat Kuala Gandah, Pahang melawat gajah-gajah di sana untuk subjek dia semester ni. Agak terasa dengan ketiadaan Arieff tapi kehidupan mesti di teruskan walaupun tanpa dia.
Ok masa aku taip blog ni dia dah balik dah pun.
Heyyy heyyy heyyyyyy. Berapa banyak heyyyy laa. Inilah akibatnya bila tak update blog jadi teruja melampau bila nak menaip. InsyaALLAH aku bakal pulang pada 24hb ini untuk sama-sama meraikan pasangan pengantin baru, abang aku dan isterinya. Perasaan teruja untuk pulang sangat tinggi memandangkan tiket sudah di beli.
Maka jika aku sudah membuat keputusan untuk pulang, aku tidak dapat menyertai peluang untuk ke Pulau Bidong, Terengganu untuk program lanjutan Pemikiran Kreatif Nur Al-Falah seperti di bulan Januari hari tu. Aku juga terlepas peluang beraksi untuk fakulti aku, bermain badminton untuk pertandingan sukan antara fakulti minggu ni, terlepas untuk menghadiri forum antara Jawatankuasa Teman dan Kelab Debat serta program Earth Hour di UMK.
Namun, aku yakin aku dah buat keputusan yang betul. Sudah tiba masanya untuk aku berjumpa dengan kawan-kawan di Kota Damansara pula untuk menambah semangat sebelum menghadapi peperiksaan akhir untuk semester ni.
Heeeee tak sabarnya nak balikkkk :)
xajk aku!! muahaha.. g laa ko ngan mus.. muahaha
ReplyDeletekereta penuhlaa weyhhhhh. hahahaha.
ReplyDelete