September 3, 2011

Entri Pertama September 2011.

Hey hey hey heyyyyy aku tak percaya cintaaaa!
Hey hey hey heyyyyyyyy!

Heyyyyyyyyyy aku bukan nak nyanyi lagu Liyana Jasmay kat dalam entri ni. Haishhh ni penangan cerita Hantu Bonceng yang aku tengok tadi-lah ni dengan Fazilla. Nasib baik best. Best sikitlahhhhh.

Terima kasih Fazilla sebab belanja aku dengan Hanis makan nasi ayam penyet siang tadi kat Shah Alam. Walaupun pedas sampai bibir dah jadi macam Angelina Jolie tapi tak kisah sebab sedapppppppp. Sayang kat kau. Hehehehe.

Rasanya belum terlewat lagi untuk aku ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua sahabat-sahabat sama ada yang dah kenal lama atau yang baru kenal sekejap. Saya manusia biasa, memang selalu buat salah. Minta halal mana yang patut.

Terima kasih.

********

Kad kahwin dia sudah pun sampai ke tangan aku. Ya, aku masih tak percaya sampai sekarang walaupun aku adalah antara orang terawal yang dapat tahu dia nak kahwin sebelum dia sedia menghebahkan berita perkahwinan dia.

Rasa pilu sangat sebab aku akan hilang seorang sahabat yang boleh berkongsi cerita, yang boleh memberi pendapat bernas dan yang sabar menunggu aku untuk berjumpa. Adakalanya aku juga tidak mengendahkan dia kerana terlalu sibuk dengan hal-hal lain sedangkan dia tinggal jauh dan susah nak jumpa kecuali bila dia balik ke sini.

Sudah tiba masa dia rupanya. Aku tak patut bersedih. Kegembiraan dia haruslah aku kongsi. Dia terkejut bila tengok aku tak gembira dengan berita ini.

Susahlah nak cakap. Nanti dia dah kahwin mungkin baru aku tahu perasaan sebenar aku macam mana.

Ohhhh aku akan pulang ke Kelantan. 2 hari saja lagi dan banyak baju tak basuh lagi. Syabas!

No comments:

Post a Comment