June 7, 2011

Kemaskini Sebelum TIdur.

Okay sebenarnya dah mengantuk tapi nak update blog sikit. Jap eyhhh. Kejap je.

Latihan intensif debat untuk pertandingan Debat Piala Sultan Zainal Abidin (PISZA) kat UiTM, Dungun nanti dah pun bermula hari ni. Sangat penat sebab ada beberapa benda yang tertangguh tadi tapi dah pun selesai. Alhamdulillah.

Sangat penat juga sebab kena study isu-isu semasa, ekonomi, isu antarabangsa, sosial, politik blablablabla dan kebanyakannya isu-isu tu semua aku baca sekali lalu je. Bila duduk study balik dan bincang dengan Baihaqi, trainer debat kami, aku rasa sangat sangat sangat LOSER okay boley letak jari bentuk L kat dahi sekarang sebab dia sangat tahu isu-isu semasa. Macam mana nak update semua isu-isu yang banyak giler tu dalam masa 2 hari je lagi??

Errrrrrrrrrrrrrr tiba-tiba rasa sangat takut nak pergi bertanding. Takut tak dapat nak jawab semua soalan-soalan pihak lawan pastu lagi sekali, LOSER.

OK-lah, nak tidur. Nyte!

No comments:

Post a Comment