June 2, 2011

Jun 2011 Bulan Sibuk.


Dah masuk bulan Jun dah. Semoga bulan ni aku tak pokai dan bakal gembira dengan aktiviti percutian ke sana nanti. Ke mana? Ke sanalah. Ke seberang sungai.

Korang tau kan awek Justin Bieber ialah si Selena Gomez kan? So korang rasa kalau aku tukar nama jadi Bellena Gomez, mesti JB ngorat aku kan? Ishhhhhhhh ni aku malas ni. Karang kalau JB datang Malaysia nak jumpa aku, ramai plak yang sibuk kejar dia and finally date kitaorang cancel. Takpelah, biarlah aku kekal dengan nama ni. Suara Bulan.

Siang tadi keluar dengan Hanis tengok Nur Kasih. Waaaaaaaaaaaaaa cerita tu sangat tidak best tao sampai kami rasa nak keluar je dari wayang tapi fikir kami dah bayar dengan bersungguh-sungguh jadi hasrat tu di batalkan. Aku tak faham macam mana Fazilla boleh tengok menangis-nangis. Aku nak nangis pun tak tahu part mana yang patut aku buat2 keluar air mata. Maaf ye Fazilla, kalau aku jadi Nur Amina dalam tu mungkin aku boleh nangis tengok lakonan aku sendiri. HAHAHAHA!

Aku tengok JB : Never Say Never sorang2 lagi best. Tengok JB nyanyi buat aku nak jerit dan lompat2 dalam bilik. Haaaaaa ni baru betul boleh buat aku nangis. Serius, aku tengok JB dalam laptop aku buat aku nak menangis tadi. Mengalahkan scene Remy Ishak doa minta Nur Amina selamat lepas tu dan-dan je Nur Amina hidup balik. Memang WHAT THE .......... je cerita tu. Part tu buat aku gelak okay bukan menangis.

Eyhhhh cukuplah, karang tak pasal-pasal big fan Nur Kasih serang aku terutamanya Fazilla. Mesti dia tak nak belanja aku makan guna duit elaun praktikal dia nanti sebab tak puas hati dengan tulisan aku ni. Sorry babe. I love you. Ayat ambil hati.

Aku tengah demam JB ni. NEVER SAY NEVER NEVERRR NEVERRRRRR. Haaaa kan betul kan aku demam?

Dahlah, selamat malam kamu.

No comments:

Post a Comment