Disebabkan kesuntukan masa dengan kelas dan aktiviti universiti
saya tidak berpeluang untuk menaip blog kecil ini .
Saya menulis pada hari ini kerana teringatkan
2 tempias besar yang telah terjadi dalam kehidupan saya .
- Kembalinya ayahanda Siti Nabilah ke pangkuan Ilahi dan ;
- Kembalinya ibunda Nursyafiqah ke pangkuan Ilahi .
Innalillah wainnailaihi rajiun...
Al-Fatihah .
Ketika disampaikan berita tentang kehilangan ayahanda Nabilah drpd Atiqah yg berada di Mesir, saya sgt terkejut . Saya tahu ayah Nabilah sakit namun tidak sesekali menyangka Allah akan menjemput Arwah pergi .
Lantas saya terus memanjatkan doa semoga ibu Syafiqah kembali sihat .
Kemungkinan doa saya yang tidak cukup kuat dan Allah sebenarnya lebih menyayangi ibunya lalu keesokannya ibu Syafiqah pula pergi menunaikan janji-Nya ketika di Syurga dahulu.
Pergi menghadap Allah .
Sebelum tidur pada malamnya saya tidak lupa untuk menitipkan Al-Fatihah buat kedua-dua insan yang saya kenali itu ; dua insan yang baik pekertinya.
Sedihnya hati jika saya menjadi Nabilah dan Syafiqah .
Tidak dapat saya bayangkan betapa sedihnya hati mereka
melihat orang tersayang pergi meninggalkan diri utk selama-lamanya .
YA ALLAH , saya betul-betul tidak dpt membayangkan perasaan sedih itu .
Ketika saya menaip ini saya dapat merasakan kesedihannya apatah lg mereka yg lebih dekat & bersama hampir 21 tahun lamanya . Ibu dan bapa yang tersayang telah pergi dan mustahil untuk kembali lagi .
Sedihnya perasaan itu .
Sangat sedih rasanya .
Saya tidak dapat membayangkan bagaimana giliran saya pula dalam menghadapi situasi yang sama seperti mereka .
Pasti sangat sedih.
Sedihnya .
Ketika diri merasakan belum puas bermain dgn kasih sayang ibu bapa tercinta dan masih banyak perkara yang ingin dibuktikan tiba-tiba ibu bapa di panggil pergi merupakan perkara paling pahit dan sukar diterima akal . Dan percayalah pada ketika ini hanya iman sahaja yang mampu mengawal hati dan perasaan mereka.
Bayangkan Syafiqah yang kini sedang sibuk dgn semester akhir dan menyiapkan tugasannya final projeknya menghadapi dugaan yang maha hebat ini . Dimanakah Syafiqah mendapat segala kekuatan ini? Betapa kagumnya saya dengan keadaan dirinya ketika ini.
Bagi Nabilah pula , dia pernah menolak tawaran utk melanjutkan tawaran ke UK dahulu dan saya berpeluang melihat surat tawaran tersebut yang disertakan dgn nama universitinya dan peta kawasan universiti tersebut. Tawaran tersebut terpaksa ditolak dgn perasaan yg bersalah kerana mengenangkan Arwah bapanya yang sakit dan tidak menentu ketika itu.
Saya kagum dengan ketabahan diri mereka .
Saya yakin mereka mampu menerima hakikat ini kerana mereka yang saya kenali bukan calang-calang orangnya malah merupakan antara mereka yang mempunyai semangat yang tinggi dalam menghadapi situasi yang tidak terduga ini.
Teringat kembali kebaikan Arwah bapa Nabilah dan Arwah ibu Syafiqah. Memori-memori ketika pernah bersama mereka masih terngiang-ngiang di kepala seakan-akan masih jelas lagi Arwah bapa Nabilah yang memberitahu perbezaan antara Sunni dan Syiah dan Arwah ibu Syafiqah yang mengukur badan saya untuk menjahit baju kurung saya ketika saat mereka masih hadir di muka bumi ini dahulu .
Semoga segala kebaikan, segala ilmu yang bermanfaat, segala amalan kepada Allah, segala doa bg mereka yang mendoakan yang terbaik untuk Arwah bapa Nabilah dan Arwah ibu Syafiqah sampai kpd mereka dan menjadi dinding dan penyelamat untuk mereka di sana .
Aminnnnn .
Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment