May 14, 2011

I Was Born This Way.

Haaaaa lega. Barulah dapat duduk depan PC betul-betul then update blog. Bukanlah sebelum ni tak duduk betul-betul tapi ada je hal. Nak update blog ni aku biasanya memerlukan ketenangan dan waktu yang lapang supaya idea sentiasa datang mencurah-curah. Ceshhhhh poyo lebih.

Okay, sebenarnya banyak gilerrrrrrrrrrr benda nak tulis. Boleh tak aku tulis by point je macam aku jawab paper IT hari tu? Sbb Puan Wan Farha kata beliau malas nak baca esei panjang-panjang maka beliau galakkan kami buat point je. Kan bagus kalau semua lecturer macam tu. Hehehehe.

Maka sambil melayan video Glee - Born This Way, secara ringkasnya perjalanan entri blog ini bermula dengan :

1) Masa di Kulim, aku sangat terharu dengan layanan kakak Aisha iaitu Kak Tini sebab telah melayan aku, Cma dan Ain dengan sangat baik. Walaupun masa tu kami dah nak balik, Kak Tini tahan kami untuk tinggal beberapa hari lagi. Setiap hari Kak Tini masakkan kami dengan makanan yang sedap-sedap belaka sesuai dengan aku yang sentiasa berselera untuk makan. Yelaaa, bila pekena masakan utara, mak aihhhhh terangkat punggung masa makan tao. Okay tipu. Tapi memang sangat sedap Kak Tini masak. Sampai hari ni aku masih ingat menu makanan kami sepanjang di sana. Terima kasih Aisha dan Kak Tini sebab sudi terima saya jadi tetamu sepanjang 6 hari kat sana. Terima kasih juga sebab tolong potong kaki seluar saya sebanyak 5 helai tu dan ajar saya jahit guna mesin sikit-sikit memandangkan Kak Tini adalah seorang tukang jahit. Terima kasih untuk semuanyaaaaaa. :)

2)  SIEP dah siap! Kami buat kat Sedim Tree Top Walk, jambatan besi terpanjang di Asia (kot?) yang menghubungkan antara Baling dan Kulim. Tempat yang agak menarik, sesuai untuk mereka yang mencintai hutan atau yang lebih tepat kehijauan alam semulajadi.

3) Aku pulang ke KL di temani Aisha dan Cma. Mereka tinggal kat rumah aku untuk beberapa hari. Maka di kesempatan itu aku bawa mereka jalan-jalan sekitar KL. Dengan masa yang agak terhad kami sempat menonton wayang bersama di The Curve, berjalan-jalan di OU dengan Hanis dan Ilani bersama, jumpa Gopi di TTDI, Shah Alam seterusnya melihat keindahan lampu di ICT, ke rumah Utih aku di Cheras, ke rumah Mas di Selayang dan melepak dengan my bestfriends kat RFM. Okayyy RFM paling special tao. HEHEHEHE. Selebihnya mereka habiskan waktu dengan tolong mak aku memasak di dapur dan membaca koleksi novel-novel lama aku.

4) Rasanya hampir semua kawan-kawan KD aku dah jumpa. Tinggal beberapa orang je lagi macam Nadya, Aisyah, Bashi, Acap Hussein, Apek, Asna dan sape2 lagi yang belum berkesempatan untuk berjumpa. Bila dah jumpa dorang, boleh tak aku tulis TERHARU? Yelaaa, agak lama tak borak giler-gilerrrr especially bila dengan Fazilla, Hanis, Ilani dan Syafiqah. Semua berebut nak bercakap, sampai tak tahu sape yang nak dengar. Bila cakap masing-masing bunyi nak kuat je macamlah 100m jaraknye especially errrrr aku laaa. HAHAHAHA. Bukan apa, aku sangat teruja jumpa mereka. Seriussssss. Rindu giler kat dorang so semester break adalah masa terbaik untuk jerit kat muka satu sama lain. Bila jumpa maka ter-plan nak kahwin lambat konon-kononnya sebab nak pergi travel sama-sama nanti. Okay kalau tulis pasal dorang, kena buat entri lain sebenarnya. HEHEHEHE.

5) Okay nak cakap terima kasih dan terharu lagi sebab Fattah sangat memahami aku. Tak sangka ayat dia buat aku sedar yang aku tak perlu tipu diri aku sendiri. Walaupun kadang-kadang Fattah sakitkan hati aku tapi aku tahu dia antara yang memahami aku. Terima kasih Fattah. Aku pegang ayat kau :)

6) Mak ayah dah beberapa hari takde kat rumah sebab pg UMT ambil adik aku, Shikin yang akan bercuti semester macam aku ni. Maka aku nak cakap terima kasih kat abang aku si Asyraf yang pagi-pagi lagi dah bangun belikan sarapan walaupun dia puasa. Terima kasih juga belikan aiskrim dan makanan dinner untuk aku dan adik aku si Danial. Terharu sebab aku tak rajin macam dia bangun pagi. Sedar-sedar je makanan dah ada atas meja. Terima kasih juga sebab selalu bagi pinjam motor walaupun sebenarnya kamu nak guna. Terima kasih sangat-sangat.

7) Memandangkan macam-macam dah buat, dah jalan-jalan sana sini, dah jumpa ramai kawan maka sepatutnya aku dah mula kerja. Aku patut cari duit lebih untuk masa depan. Okay tipu. Tapi untuk kesenangan aku juga nanti kan? Peluang kerja dah ada tapi tunggu masa sahaja. InsyaALLAH walaupun sekejap tapi tak kisahlah sementara tunggu masa untuk aku pulang ke UMK awal bulan 6 ni. Nanti dah balik sini balik boleh sambung kerja lagi. Aku sangat pokai sekarang tapi dalam pokai-pokai tu aku dah layan 4 movie kat panggung, Seru, Fast & Furious 5, Thor dan Kongsi. WHAT THE HALL ditujukan untuk diri sendiri.

8) Okay siang tadi teman Ilani pergi konvo dia dekat PICC, Putrajaya dengan 2 orang kakak Ilani bersama. Tahniah untuk Ilani sebab berjaya menggenggam dengan mutlak segulung diploma. Pertama kali pergi teman orang konvo, sangat teruja. Walaupun kena keluar rumah seawal 6.30 pagi tapi tak kisah sebab teruja nak tengok orang konvo. Sanggup masuk dewan PICC sorang-sorang padahal kakak-kakak Ilani tunggu kat luar je. Terharu pun ada sebab dapat rasa manisnya perasaan bila dah tamat belajar. Tahniah lagi sekali. Terima kasih juga kat Ilani sebab banyak belanja aku masa aku tengah pokai ni. Serius, bila keluar dengan Ilani dia yang tolong bayar  untuk makan, tiket wayang, tol semua tu. Rasa bersalah sangat. Takpe makcik, next time turn i plak belanja u okayyyy? HEHEHEHE.

9) Tak lama lagi kena balik UMK. Heeee tak sabar pun ada. Cerita UMK kena update kat UMK nanti. HEHEHEHE.

10) Okayyyy kata kunci untuk point-point kat atas adalah TERHARU. Serius itu adalah perkataan yang paling sesuai aku rasa. Maaflah, aku memang lembut hati orangnya. Cehhhhhhh.

Dengan semua warna-warna hidup macam kat atas, tiada alasan untuk aku nak bersedih. Rasa sangat bersyukur dengan kurniaan-NYA. Terima kasih ALLAH sebab kurniakan aku dengan mereka-mereka yang sentiasa menyenangkan kehidupan aku. Limpahkan-lah rahmat-MU kepada mereka-mereka di atas dan sahabat-sahabat lain yang telah membuat hati hamba-MU ini sentiasa senang.

Amin.

No comments:

Post a Comment