October 30, 2009

Al-Fatihah Untuk Opah .

Lagi sekali apa yg dirancang oleh saya tidak menjadi .

Saya telah merancang utk berjumpa dgn Adina pd hari Selasa
memandangkan pada hari Isninnya saya telah bertemu dgn
Atiqah, Fadhilahanis, Ilani, Aisyah dan Nabilah bersama adiknya ,
bersama-sama meraikan hari jadi Nabilah yg ke-20 di MPH, OU .

Namun dgn tidak disangka-sangka saya dimaklumkan bahawa
Opah sblh ayah saya meninggal dunia akibat sakit perut
pada pukul 2.30 ptg yg menyebabkan saya terpaksa berkejar balik
ke kampung slps Maghrib krn menunggu adik saya (Danial)
pulang drpd sekolahnya jam 6.45 ptg (agak lewat sebenarnya) .

Kami sekeluarga sgt terkejut dgn berita tersebut kerana
seingat saya Arwah Opah masih sihat semasa kami plg beraya .
Siapa tahu, Arwah pergi meninggalkan kami terlebih dahulu
dan ibunya yg masih hidup dan kini berusia sekitar 80-an .
Alhamdulillah, beliau pergi mengadap ALLAH tanpa kesulitan .

Sudah pasti rumah di kampung akan menjadi sangat sunyi .
Selama 3 mlm Tahlil diadakan sungguh terasa pemergian beliau
dan ketika saya menaip ini pun masih terasa kehilangan Arwah
kerana saya merupakan cucu yg nakal dan sering dimarahi Opah .
Semasa pulang beraya bulan lalu pon saya masih dimarahi Opah .

Serius tak tipu .

Kalau ingin diceritakan terlalu banyak rasanya ingin ditulis ,
cukuplah sekadar ini bagi membayangkan perasaan saya .

Sedih dan pilu .

Esok adalah hari Jumaat bermakna esok adalah hari terakhir saya berada di KD sblm pulang ke Kelantan dan menghadapi FINAL EXAM. Takut sangat sbb saya belum bersedia untuk menghadapinya .

Niat dah xberapa elok krn sebenarnya saya ingin berjumpa Adina
tapi memandangkan Adina mempunyai janji temu yang lain maka
saya mengambil keputusan yang tidak berasas dan membazir
untuk menonton 3 wayang esok bagi menghilangkan tekanan .

Dan mungkin pd mlm harinya saya mengambil kesempatan berjumpa dgn Atiqah krn Isnin 3/11 dye pulang ke Mesir setelah dye memanjangkan tarikh tiketnya daripada tarikh asal iaitu 17/10 kot .

Maka kat sini saya nak maklumkan bahawa hanya ibarat 2/10 sahaja daripada rancangan asal saya di KD dpt dipenuhi dan selebihnya dibawa ke cuti semester nanti untuk diselesaikan dengan jayanya .

InsyaALLAH .


P/S ; Terima kasih Atiqah utk buku tu :)

1 comment: